SPRM nafi dakwaan rampas barangan Albert Tei tanpa prosedur

PUTRAJAYA – Semua barangan milik ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing, yang disita pada hari penahanannya telah direkodkan mengikut prosedur yang ditetapkan serta disahkan sendiri oleh individu berkenaan.
Bahagian Komunikasi Strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata senarai lengkap rampasan telah ditandatangani Albert, dan satu salinan dokumen Senarai Penyitaan Harta Alih di bawah Seksyen 33 Akta SPRM 2009 turut diserahkan kepadanya pada 28 November lalu.
“Antara barangan yang disita terdiri daripada telefon bimbit, iPad dan perakam video digital yang merupakan barang bukti.
“SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tanpa asas bahawa pegawai SPRM telah merampas barangan Albert Tei tanpa mengikut prosedur,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Katanya, SPRM sentiasa melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam bidang kuasa.
Terdahulu, portal tempatan melaporkan peguam yang mewakili isteri Albert Tei mendakwa SPRM telah merampas barangan suaminya secara tidak sah.
Peguam itu turut memberi tempoh tiga hari kepada SPRM untuk mengeluarkan inventori harta yang didakwa dirampas ketika penahanan Albert tiga hari lalu.
Ringkasan AI
- Barangan milik Albert Tei Jiann Cheing yang disita telah direkodkan mengikut prosedur yang ditetapkan
- Senarai rampasan telah ditandatangani oleh Albert dan diserahkan sebuah salinan dokumen Senarai Penyitaan Harta Alih kepadanya
- Antara barangan yang disita termasuk telefon bimbit, iPad dan perakam video digital
- SPRM menafikan tuduhan merampas barangan tanpa mengikut prosedur
- Peguam yang mewakili isteri Albert Tei mendakwa SPRM merampas barangan suaminya secara tidak sah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

