Pasukan keselamatan tidak abai tuntutan agama

Tular gambar dua anggota tentera sedang solat berjemaah dan juga seorang anggota polis sedang menadah tangan berdoa selepas solat.
Tular gambar dua anggota tentera sedang solat berjemaah dan juga seorang anggota polis sedang menadah tangan berdoa selepas solat.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kesibukan anggota keselamatan menjalankan tugas sebagai pejuang di barisan hadapan bagi menangani pandemik koronavirus (Covid-19) tidak sesekali menghalang mereka untuk menunaikan tanggungjawab kepada agama.

Melalui beberapa keping gambar yang tular sejak semalam, pasukan anggota keselamatan seperti polis dan tentera dilihat sedang mendirikan solat di satu kawasan, sekali gus memberi inspirasi kepada semua pihak bahawa seberat mana tanggungjawab yang dipikul, kewajipan sebagai orang Islam tidak harus diabaikan.

Pasukan tersebut dipercayai bertugas sempena sekatan jalan raya berdekatan kompleks pentadbiran negeri, di Seri Negeri Ayer Keroh.

Difahamkan, anggota berkenaan bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka yang membuat pemeriksaan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi arahan PKP sehingga jam 12 tengah malam setiap hari.

Artikel Berkaitan: