Masih ada yang ingkar arahan PKP

Gambar dan status sebuah keluarga yang sedang mandi-manda di sebuah kawasan hutan lipur dipercayai ketika PKP sedang dilaksanakan itu tular di media sosial.
Gambar dan status sebuah keluarga yang sedang mandi-manda di sebuah kawasan hutan lipur dipercayai ketika PKP sedang dilaksanakan itu tular di media sosial.
A
A
A

KUALA KRAI - Masih ada segelintir rakyat di Kelantan yang ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk ada yang masih lagi mandi-mandi di kawasan hutan lipur.

Gambar dan status sebuah keluarga yang sedang mandi-manda di sebuah kawasan hutan lipur dipercayai ketika PKP sedang dilaksanakan itu tular di media sosial.

Sikap itu bukan sahaja melanggar peraturan malah meletakkan mereka berada dalam kategori risiko untuk dijangkiti wabak Covid-19.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, polis akan menangkap mana-mana individu yang masih ingkar arahan PKP sebagaimana sedang dikuatkuasakan.

Menurutnya, langkah itu bertepatan dengan peraturan yang telah sedia ada.

"Jika ada yang masih berdegil iaitu berkumpul tanpa kebenaran, kita akan tangkap terus," katanya.

Menurutnya, bukan itu sahaja Polis Kelantan akan memperhebatkan lagi rondaan di seluruh pelosok kampung termasuklah kawasan riadah.

Katanya, polis mengarahkan individu yang bergerak tanpa tujuan akan diarahkan pulang.

Artikel Berkaitan:

"Mereka yang mempunyai dokumen sah sahaja dibenarkan untuk bergerak," katanya.