Hampir 200 terkorban akibat tanah runtuh, banjir di Sri Lanka

Angka korban akibat Taufan Ditwah di Sri Lanka meningkat kepada 159 orang, dengan sekurang-kurangnya 203 lagi masih hilang. - Foto REUTERS
Angka korban akibat Taufan Ditwah di Sri Lanka meningkat kepada 159 orang, dengan sekurang-kurangnya 203 lagi masih hilang. - Foto REUTERS
A
A
A

COLOMBO - Angka rasmi korban akibat banjir dan tanah runtuh di Sri Lanka meningkat kepada 193 pada Ahad, dengan 228 lagi masih hilang, menurut Pusat Pengurusan Bencana, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Beberapa kejadian tanah runtuh baharu turut dilaporkan pada Ahad di kawasan tengah negara itu, manakala sebuah empangan takungan air pecah di sebuah kampung di timur laut.

Sebahagian besar kematian disebabkan kejadian tanah runtuh di daerah Kandy dan Badulla di kawasan tengah. Lebih 1 juta orang telah dipindahkan.

Hujan mulai reda selepas ribut Ditwah bergerak meninggalkan negara itu menuju ke selatan India pada Sabtu.

Pasukan mencari dan menyelamat Sri Lanka dengan bantuan pasukan dari India terus memindahkan mangsa yang terperangkap di kawasan terjejas banjir melalui udara, selain menyalurkan bahan bantuan.

Bencana itu mengakibatkan lebih 5,000 rumah musnah atau rosak sebahagiannya, jalan raya serta jambatan hanyut dan turut merosakkan talian elektrik. - Bernama 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!