Hajiji tiba lengkap berbaju Melayu hitam di Sri Gaya

KOTA KINABALU - Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor tiba di kediaman Sri Gaya, Kota Kinabalu sambil disambut penyokong parti sekitar jam 11.57 malam.
Turut hadir, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun dan Ketua Penerangan GRS dan PBS, Datuk Joniston Bangkuai.
Hajiji dilihat lengkap memakai baju Melayu serba hitam dan bersongkok manakala Masidi dengan berpakaian sut hitam dan songkok, sementara Joniston hanya memakai sut.
Ketika ditemui wartawan Sinar Harian, Joniston ditanya mengenai adakah mereka sudah ke Istana Seri Kinabalu untuk proses seterusnya, namun beliau menafikan perkara tersebut.
Semasa disambut penyokong, laungan "Rumah Kita, Kita Jaga GRS Menang" turut kedengaran.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Hajiji Noor tiba di kediaman Sri Gaya, Kota Kinabalu disambut penyokong sekitar jam 11.57 malam
- Turut hadir Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun dan Ketua Penerangan GRS dan PBS, Datuk Joniston Bangkuai
- Hajiji memakai baju Melayu hitam dan bersongkok, Masidi berpakaian sut hitam dan songkok, Joniston hanya memakai sut
- Joniston menafikan mereka sudah ke Istana Seri Kinabalu untuk proses seterusnya ketika ditanya oleh wartawan
- Laungan "Rumah Kita, Kita Jaga GRS Menang" kedengaran semasa penyokong menyambut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
