[TIDAK RASMI] Aliakbar sumbang kerusi PN pertama di Karambunai

Aliakbar Gulasan
Aliakbar Gulasan
A
A
A

KOTA KINABALU– Saingan sengit bagi kerusi panas Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas, Datuk Dr Aliakbar Gulasan mendahului dalam keputusan tidak rasmi setakat ini.

Timbalan PN Sabah itu meraih 92 undi memberi kelebihan awal berbanding calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Arshad Idris yang memperoleh 63 undi setakat ini.

Calon Warisan, Ahmad Jais Otong pula mengutip 47 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Yaakubah Khan yang sebelum ini pernah mewakili kawasan tersebut menerima 26 undi.

Tiga calon lain masing-masing mencatat satu undi, iaitu Azman Fathil (GAS), Adis Jalie (PIS) dan Ajis @ Hates Abdul (SPP), manakala, empat lagi calon iaitu Mohd Yunus Ibrahim (PBK), Matkri Kassim (PKS), Stephen Teo (STARSabah) serta Raynold Saikam Salinggou (Perpaduan) masih belum memperoleh sebarang undi.

DUN Karambunai menyaksikan pertembungan 11 penjuru mempunyai 39,247 pengundi berdaftar, dengan 231 undi direkodkan setakat laporan ini dikeluarkan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas, Datuk Dr Aliakbar Gulasan mendahului dalam keputusan tidak rasmi di DUN Karambunai Timbalan PN Sabah itu meraih 92 undi Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Arshad Idris memperoleh 63 undi Calon Warisan, Ahmad Jais Otong mengutip 47 undi DUN Karambunai menyaksikan pertembungan 11 penjuru dengan 39,247 pengundi berdaftar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!