BJAK himpun 16 syarikat insurans

Bentuk perkongsian digital dalam satu platform terbesar di Malaysia

Ronald (sembilan dari kiri) bergambar bersama wakil 16 syarikat insurans terkemuka.
Ronald (sembilan dari kiri) bergambar bersama wakil 16 syarikat insurans terkemuka.
A
A
A

BJAK Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai ekosistem insurans digital terbesar di negara ini selepas menerima pengiktirafan rasmi sebagai Penasihat Kewangan (FA) berlesen di bawah entiti diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM).

Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kredibiliti BJAK dalam industri perkhidmatan kewangan malah turut membuka lebih banyak peluang kepada pemilik kenderaan di Malaysia.

Bersempena pencapaian tersebut, BJAK mengumumkan pembentukan perkongsian insurans dalam talian terbesar di Malaysia dengan penyertaan 16 syarikat insurans dan takaful utama.

Antara yang mengambil bahagian ialah AIG, Allianz, Chubb, Great Eastern, Takaful Ikhlas, Liberty Insurance, Lonpac Insurance, Generali, MSIG Insurance, Pacific & Orient Insurance, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance, Takaful, Tokio Marine, Tune Protect dan Zurich Takaful.

Ketua Pegawai Eksekutif BJAK Malaysia, Ronald Lim berkata, pengiktirafan itu merupakan langkah besar dalam usaha memacu digitalisasi insurans negara.

Menurutnya, ia membolehkan syarikat memperkukuh komitmen terhadap ketelusan, pilihan dan pemerkasaan pengguna.

"Rangkaian insurer BJAK yang diperluaskan menawarkan akses digital paling meluas kepada produk insurans dan takaful motor di Malaysia.

"Pengguna boleh membandingkan sebut harga, menilai manfaat perlindungan dengan jelas dan membuat keputusan termaklum, semuanya melalui satu portal yang selamat.

“Menghimpunkan 16 syarikat insurans dalam satu platform adalah kejayaan bersama BJAK dan rakan-rakan insurer kami. Ia mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh akses digital, perbandingan adil dan pemerkasaan pelanggan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Ronald, platform BJAK memudahkan pengalaman membeli insurans yang sebelum ini berpecah dan rumit.

Beliau berkata, pengguna berhak mendapat ketelusan dan keyakinan ketika memilih perlindungan untuk diri dan keluarga mereka.

“Platform kami direka untuk memudahkan proses yang kompleks serta memberikan pilihan yang mudah, telus dan boleh diakses oleh semua.

"Pencapaian ini juga meraikan hubungan strategik BJAK dengan syarikat insurans sejak enam tahun lalu, yang terus memperkukuh ekosistem digital dan meluaskan akses perlindungan di seluruh negara," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai BJAK dan sebut harga insurans, sila layari https://www.bjak.com.

Ringkasan AI

  • BJAK Malaysia diktiraf sebagai Penasihat Kewangan berlesen oleh Bank Negara Malaysia
  • Mencipta perkongsian insurans dalam talian terbesar di Malaysia dengan 16 syarikat insurans utama
  • Platform BJAK membolehkan pengguna membandingkan sebut harga dan manfaat perlindungan insurans
  • Inisiatif ini memudahkan proses pembelian insurans, meningkatkan ketelusan dan pemilihan untuk pengguna
  • BJAK memperkukuhkan komitmen terhadap digitalisasi insurans serta memperluas akses kepada perlindungan insurans dan takaful motor di Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!