Tanah runtuh: Hampir 700 penduduk Apartmen Puncak Arabella terputus hubungan

Laluan masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu, malam ini.
Laluan masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu, malam ini.
A
A
A

KUANTAN - Laluan masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu, malam ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Ramli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku di Jalan Puncak Arabella itu kira-kira jam 8.30 malam.

"Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan laluan ke kawasan apartmen terputus hubungan, sekali gus menjejaskan pergerakan keluar masuk hampir 700 penduduk yang menetap di situ,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tinjauan keselamatan dan tindakan awal.

Menurut kenyataan itu, perkembangan kejadian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Dalam kenyataan berasingan, Azri berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau berkata, Jabatan Meteorologi dan Geosains (JMG) telah dihubungi bagi bantuan penilaian segera berkenaan status tanah.

"Pasukan Jabatan Kerja Raya dan SMR Selenggar-Pahang Sdn Bhd turut telah bergerak ke lokasi untuk melaksanakan tindakan pembersihan jalan dan juga langkah berjaga-jaga sementara untuk perlindungan cerun (temporary precautions for slope protection) terlebih dahulu," katanya.

Beliau turut menasihati masyarakat untuk tidak sesekali menularkan maklumat yang tidak sahih.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Cameron Highlands di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran," katanya. - Bernama

Ringkasan AI

  • Laluan masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Cameron Highlands terputus akibat tanah runtuh
  • Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam dan menyebabkan hampir 700 penduduk terjejas
  • Pelbagai agensi termasuk Polis dan Jabatan Bomba telah digerakkan untuk tindakan keselamatan
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan Jabatan Meteorologi dihubungi untuk penilaian status tanah
  • Masyarakat dinasihatkan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Daerah Cameron Highlands

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!