KRW FC belasah Kelantan WTS 6-0

Emmanual Mbraga cuba merampas bola dari kawalan pemain Kelantan WTS pada aksi Liga A1 Semi-Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat. Foto: KRW FC
Emmanual Mbraga cuba merampas bola dari kawalan pemain Kelantan WTS pada aksi Liga A1 Semi-Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat. Foto: KRW FC
A
A
A

KELANTAN Red Warriors FC (KRW) meneruskan rentak kemenangan dengan membelasah Kelantan WTS 6-0 pada aksi Liga A1 Semi-Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.

Ia sekali gus menobatkan KRW FC sebagai 'jaguh' di serambi Makkah.

Pada perlawanan itu, tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal perlawat pada minit kedua menerusi Emmanual Mbraga.

Mbraga terus menjadi duri dalam daging buat Kelantan WTS apabila Wan Muhammad Fazli Ghazali meledak gol kedua KRW FC selepas memanfaatkan hantaran penyerang import kelahiran Cameroon.

Pelawat terus tertekan selepas itu apabila Iskandar Shah menjaringkan gol ketiga KRW FC pada minit ke-18.

Mohd Faiz Nasir menutup babak pertama perlawanan dengan gol keempat pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua, KRW FC terus berpesta apabila Mbraga meledakan jaringan kelima pada minit ke-59.

KRW FC terus berpesta apabila menambah derita tuan rumah menerusi gol keenam pada minit ke-68 menerusi jaringan kedua Iskandar Shah

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan KRW FC terus memperbaiki kedudukan dalam carta liga

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • KRW FC mengalahkan Kelantan WTS 6-0 dalam Liga A1 Semi-Pro
  • KRW FC dinobatkan sebagai 'jaguh' di serambi Makkah
  • Emmanual Mbraga membuka jaringan pada minit kedua
  • Iskandar Shah menjaringkan dua gol untuk KRW FC
  • Kemenangan itu memperbaiki kedudukan KRW FC dalam carta liga

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!