Kerja baik pulih papan markah Stadium Sultan Muhammad IV November ini

Kerja-kerja baik pulih papan markah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu yang rosak sebelum ini akan bermula pada November depan. Foto kecil: Zamakhshari
Kerja-kerja baik pulih papan markah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu yang rosak sebelum ini akan bermula pada November depan. Foto kecil: Zamakhshari
A
A
A

KOTA BHARU - Kerja-kerja baik pulih papan markah di Stadium Sultan Muhammad IV di sini yang rosak sebelum ini akan bermula pada November depan.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata, mengikut maklumat daripada pembekal, peralatan tersebut akan sampai di Pelabuhan Klang pada Oktober ini.

"Berdasarkan jadual, kerja-kerja akan bermula November. Doakan supaya semuanya berjalan dengan baik," katanya pada sidang akhbar di Kota Darulnaim di sini pada Selasa.

Menurut beliau, kerajaan negeri berharap masalah tersebut tidak akan berbangkit lagi selepas ini.

Ujarnya, hasil perbincangan terdapat pihak swasta yang berminat untuk bekerjasama dengan stadium bagi menjayakan hasrat ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!