Mangsa banjir dicekup cabul remaja perempuan di PPS

BACHOK - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul seorang remaja perempuan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini pada Rabu.
Suspek berusia 21 tahun disyaki mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun kira-kira jam 11 pagi.
Menurut sumber, mangsa tidak mengenali suspek dan mereka hanya berbual-bual ketika berada di PPS berkenaan.
Katanya, lelaki itu dipercayai mencabul mangsa sebelum remaja berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada ibunya.
“Ibu mangsa terus membuat laporan polis sebelum suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohd Ismail Jamaluddin mengesahkan kejadian itu dan suspek direman lima hari bermula Rabu hingga Ahad ini.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Katanya, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah dan jenayah.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki ditahan kerana mencabul remaja perempuan di pusat pemindahan sementara di Bachok
- Suspek berusia 21 tahun mencabul remaja 16 tahun
- Mangsa tidak mengenali suspek dan kejadian itu berlaku selepas berbual di PPS
- Ibu mangsa membuat laporan polis dan suspek ditahan untuk siasatan
- Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan suspek memiliki rekod jenayah lampau
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

