8 lelaki terkandas di Jeti Platform Petron, Port Dickson selamat

SEREMBAN - Lapan lelaki tempatan yang terkandas di Jeti Platform Petron, Port Dickson susulan kejadian ribut dan laut bergelora awal pagi Jumaat, dilaporkan selamat.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai mangsa berusia 20-an hingga 50-an terkandas di kawasan berkenaan akibat runtuhan di platform jeti selepas dibadai Ribut Tropika Senyar.
"Lima mangsa menyelamatkan diri di dalam bot tunda (tugboat) milik Petron, manakala dua lagi berada di bot penyelamat pasukan Emergency Respond Petron dan seorang terkandas di atas jeti.
"Kesemua mangsa tidak dapat balik ke darat disebabkan keadaan laut bergelora dan angin kuat," menurut kenyataan itu.
Pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pengurusan Petron segera ke lokasi insiden bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Menurut kenyataan itu, kesemua mangsa diselamatkan bot penyelamat Pasukan Emergency Respond Petron kira-kira 3.55 pagi.
"Kesemua mangsa dikumpulkan di dalam bot tunda dalam keadaaan selamat sebelum dibawa ke darat, dan operasi tamat pada jam 6 pagi tadi," katanya. - Bernama
Ringkasan AI
- Lapan lelaki tempatan terkandas di Jeti Platform Petron diselamatkan selepas runtuhan akibat Ribut Tropika Senyar
- Lima mangsa berlindung dalam bot tunda Petron dan dua di bot penyelamat pasukan Emergency Respond Petron, satu lagi terkandas di atas jeti
- Mangsa terkandas akibat laut bergelora dan angin kuat
- Pasukan APMM dan Petron melakukan operasi SAR
- Mangsa selamat dikumpulkan dalam bot tunda dan dibawa ke darat, operasi SAR tamat pada 6 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
