Lelaki curi beg jemaah wanita ketika solat ditahan

Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menceroboh ruang solat wanita dan mencuri dua beg ketika mangsa sedang menunaikan solat Isyak.
Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menceroboh ruang solat wanita dan mencuri dua beg ketika mangsa sedang menunaikan solat Isyak.
A
A
A

BESUT – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menceroboh ruang solat wanita dan mencuri dua beg ketika mangsa sedang menunaikan solat Isyak di Masjid Gong Mak Som, Kampung Raja, di sini dalam kejadian Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Tok Raja, Kampung Gong Tok Tor, Jertih jam 7.20 pagi pada Khamis.

Menurutnya, penahanan itu dibuat susulan laporan polis diterima jam 8.27 malam hari sama oleh seorang lelaki yang dimaklumkan jemaah wanita mengenai kehilangan dua beg yang diletakkan di bahagian belakang ketika solat Isyak.

"Pengadu telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang lelaki memasuki ruang solat jemaah perempuan sebelum melarikan beg berkenaan

Gambar suspek yang dirakam CCTV turut tular di media sosial dan tindakan pantas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Besut berjaya membawa kepada penangkapan suspek,
Gambar suspek yang dirakam CCTV turut tular di media sosial dan tindakan pantas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Besut berjaya membawa kepada penangkapan suspek,

"Gambar suspek yang dirakam CCTV turut tular di media sosial dan tindakan pantas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Besut berjaya membawa kepada penangkapan suspek," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu mendapati suspek positif methamphetamine.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan turut mengaku terbabit dalam satu lagi kes curi di Jertih (Repot Jertih: 4188/25) yang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai berkaitan kegiatan curi itu, antaranya sehelai kemeja T berwarna hijau, sehelai seluar berwarna hitam, empat buah buku, dua beg kecil, kunci, tasbih dan beg kecil berzip.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau sebat," katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga diingatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.

"Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan ke IPD Besut di talian 09-6956222," ujar beliau.

 

Ringkasan AI

  • Polis menahan seorang lelaki kerana mencuri dua beg di ruang solat wanita di Masjid Gong Mak Som, Kampung Raja, Besut
  • Suspek berusia 30 tahun ditahan di Jalan Tok Raja, Kampung Gong Tok Tor, Jertih
  • Kejadian dicetuskan laporan kehilangan dua beg semasa solat Isyak dan suspek dikenal pasti melalui CCTV
  • Suspek positif methamphetamine dan mengaku terlibat dalam kes curian tersebut serta satu kes lain di Jertih
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!