Lelaki Nepal disyaki liwat kucing disambung reman 14 hari

SHAH ALAM – Lelaki warga Nepal yang disiasat dalam kes liwat seekor kucing di sebuah pangsapuri di Kota Kemuning di sini dilanjutkan reman selama 14 hari bermula Rabu bagi siasatan kesalahan imigresen.
Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, semakan mendapati suspek berusia 33 tahun memiliki pasport yang masih sah namun tiada permit bekerja.
Menurutnya, suspek dipercayai telah berada di Malaysia selama enam tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri terbabit sejak dua bulan lalu.
“Semakan awal mendapati lelaki Nepal yang masih bujang itu tiada permit kerja dan kini dilanjutkan reman imigresen selama 14 hari bagi siasatan lanjut,” katanya pada Rabu.
Media sebelum ini melaporkan, kejadian itu disedari pasangan suami isteri yang baru pulang ke pangsapuri terbabit selepas melihat seorang lelaki dalam keadaan berbogel dipercayai sedang meliwat seekor kucing di tingkat empat.
Suspek kemudian mencampak kucing itu ke tingkat bawah sebelum melarikan diri.
Suspek telah ditahan polis pada jam 4.45 pagi, Sabtu lalu sebelum direman lima hari sehingga 19 November untuk disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan serta Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
Perbuatan terbabit dipercayai dilakukan akibat pengaruh alkohol.
Ringkasan AI
- Lelaki warga Nepal disiasat kes liwat kucing di Kota Kemuning dilanjutkan reman 14 hari untuk siasatan kesalahan imigresen
- Suspek berusia 33 tahun memiliki pasport sah tetapi tiada permit kerja
- Dipercayai berada di Malaysia selama enam tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan sejak dua bulan lalu
- Kejadian disedari oleh pasangan suami isteri di pangsapuri sama, suspek mencampak kucing tersebut sebelum melarikan diri
- Perbuatan itu dipercayai dilakukan di bawah pengaruh alkohol
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
