Pasukan penyelamat berdepan ugutan, tembakan ketika bantu mangsa banjir di Hatyai

HATYAI – Beberapa pasukan penyelamat dilaporkan berhadapan situasi cemas menerima ancaman dan tembakan ketika membantu mangsa banjir di wilayah Songkhla itu.
Menurut laporan The Thaiger pada Khamis, kejadian itu berlaku di 'Area 8' yang dilaporkan antara kawasan yang terjejas teruk hingga penduduk terputus bekalan makanan dan air bersih.
Pasukan penyelamat dari seluruh Thailand telah dikerahkan ke Selatan negara itu bagi membantu usaha menyelamat di wilayah Songkhla namun, berdepan cabaran di lapangan.

Ketegangan awal berlaku pada Selasa apabila seorang sukarelawan dari Surat Thani mendakwa seorang lelaki tidak dikenali bertindak melepaskan tiga das tembakan ke udara untuk menakutkannya.
Namun, insiden lebih serius dilaporkan pada malam Rabu apabila Yayasan Penyelamat San Kampaeng dari Chiang Mai terpaksa membatalkan operasi selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan lebih 20 tembakan ke arah bot mereka.
Insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kematian.
Banjir yang melanda sejak Isnin telah menenggelamkan 10 wilayah selatan termasuk Surat Thani, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat
Ringkasan AI
- Pasukan penyelamat menerima ancaman dan tembakan ketika membantu mangsa banjir di Songkhla
- Kawasan 'Area 8' antara yang terjejas teruk dengan bekalan makanan dan air terputus
- Pasukan dari seluruh Thailand dikerahkan ke Songkhla menghadapi cabaran
- Seorang sukarelawan diancam dengan tembakan udara oleh individu tidak dikenali
- Tembakan ke arah bot penyelamat menyebabkan pihak penyelamat membatalkan operasi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
