Motif sebenar penemuan mayat lelaki berbungkus plastik terbongkar

Mayat mangsa ditemui dalam bungkusan plastik. Foto Agensi
Mayat mangsa ditemui dalam bungkusan plastik. Foto Agensi
A
A
A

TANGERANG - Motif pembunuhan mayat berbungkus plastik akhirnya terbongkar.

Siasatan polis mendapati pelaku dikenali sebagai SA, 30, membunuh kejam Danu Warta Saputra, 21, dan kerana sakit hati.

Jasad mangsa ditemui di Jambatan Tol, Kampung Bunder, Kelurahan Bunder, Kecamatan Cikupa, wilayah Banten, Indonesia.

"Suspek tidak puas hati kerana diludah Danu ketika dia menuntut hutang berjumlah 500,000 rupiah (RM124).

"Dia yang berang bertindak mengelar leher mangsa menggunakan pisau dapur ketika dia sedang tidur di rumah sewanya pada 14 November lalu.

"SA turut menekup muka Danu dengan bantal hingga mati sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam karung dan plastik berwarna hitam," kata Kombes Pol, Andi Muhammad Indra Waspada Amirullah pada Khamis.

Pelaku turut membuang barang bukti berupa pisau di kawasan Pasar Kemis, Tangerang dan melarikan motosikal milik mangsa yang kemudiannya dijual dengan harga 5 juta rupiah (RM1,241).

Difahamkan, mayat Danu ditemui kira-kira empat hari selepas dia dibunuh. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Motif pembunuhan mayat berbungkus plastik adalah kerana sakit hati
  • Pelaku pembunuhan dikenali sebagai SA, berumur 30 tahun
  • Jasad mangsa ditemui di Jambatan Tol, Kampung Bunder, Indonesia
  • SA membunuh karena tidak puas hati diludah mangsa ketika menuntut hutang
  • Barang bukti dan motosikal mangsa telah dibuang dan dijual oleh pelaku

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!