Pelajar maut ditikam: Pengaruh permainan video, media sosial antara elemen siasatan - Polis

Shazeli (tiga dari kanan) beramah mesra dengan peniaga ketika Program Walkabout Bersama Usahawan Little India Sempena Deepavali di Jalan Tengku Kelana, Klang pada Khamis.
Shazeli (tiga dari kanan) beramah mesra dengan peniaga ketika Program Walkabout Bersama Usahawan Little India Sempena Deepavali di Jalan Tengku Kelana, Klang pada Khamis.
A
A
A

KLANG – Pengaruh permainan video serta kandungan media sosial tertentu antara elemen siasatan dijalankan berhubung kejadian seorang pelajar maut ditikam remaja lelaki di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan kini memberi tumpuan terhadap platform media sosial yang dipercayai mempengaruhi tindakan suspek berusia 14 tahun itu.

"Sebelum ini, saya ada nyatakan suspek terpengaruh dengan media sosial. Media sosial ini luas, jadi beri ruang kepada polis untuk menentukan medium mana yang benar-benar memberikan pengaruh kepadanya.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan permainan video turut menjadi dorongan suspek bertindak sedemikian," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Walkabout Bersama Usahawan Little India Sempena Deepavali di Jalan Tengku Kelana, di sini pada Khamis.

Menurutnya, polis kini meneliti semua aspek termasuk motif dan pengaruh luar yang mungkin mendorong tindakan suspek.

"Tindakan suspek memakai sarung tangan sebelum kejadian dipercayai sebahagian daripada persiapan awal yang dirancang," katanya.

Jelasnya, pihak polis akan terus berusaha mendapatkan keterangan lengkap bagi memastikan hasil siasatan konklusif serta dapat membantu polis mengemukakan cadangan kepada pihak Pendakwa Raya.

"Dua lagi rakan suspek telah direkodkan keterangan menjadikan jumlah keseluruhan 59 individu setakat ini.

Artikel Berkaitan:

"Antara lain yang turut direkod keterangan melibatkan guru serta ahli keluarga suspek dan mangsa," katanya.

Sebelum ini tular nota tulisan tangan dipercayai ditulis suspek mengandungi perkataan seperti ‘Zero Day’ dan ‘NPC (Non-Player Character)’ yang dikaitkan dengan istilah dalam permainan video.

 

 

Ringkasan AI

  • Pengaruh permainan video dan kandungan media sosial antara elemen siasatan kejadian pelajar maut ditikam di sekolah Bandar Utama
  • Ketua Polis Selangor menumpukan siasatan pada platform media sosial yang mempengaruhi suspek berusia 14 tahun
  • Permainan video turut menjadi dorongan bagi suspek untuk bertindak
  • Suspek memakai sarung tangan sebelum kejadian sebagai persiapan awal yang dirancang
  • Polis mendapatkan keterangan dari 59 individu termasuk rakan suspek, guru, dan ahli keluarga suspek dan mangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!