Suria KLCC cipta rekod, perkenal gelanggang luncur luar pertama di Malaysia

Suria KLCC mencatat sejarah menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records dengan memperkenalkan ‘The First Outdoor Skating Rink in Malaysia’.
Suria KLCC mencatat sejarah menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records dengan memperkenalkan ‘The First Outdoor Skating Rink in Malaysia’.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Suria KLCC mencatat sejarah menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records dengan memperkenalkan ‘The First Outdoor Skating Rink in Malaysia’ iaitu gelanggang luncur luar pertama seumpamanya di negara ini.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, tarikan istimewa itu merupakan sebahagian daripada kempen perayaan ‘A Majestic Christmas’ yang berlangsung dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026.

Menurutnya, gelanggang luncur luar yang dikenali sebagai ‘Festive Skating Experience’ itu mengelilingi pokok Krismas setinggi 80 kaki di pekarangan Suria KLCC, sekali gus menawarkan pengalaman luar biasa dengan latar belakang Menara Berkembar Petronas

"Ia dibuka kepada orang ramai setiap hari dari 26 November hingga 25 Disember 2025 dan dijangka menjadi antara tarikan utama musim perayaan yang bukan sahaja mencuri perhatian pengunjung tempatan, malah pelancong antarabangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Centre Court Suria KLCC dihiasi dengan instalasi bertema Krismas yang menampilkan pokok Krismas bertingkat sebagai tumpuan utama, diserikan dengan permainan cahaya dan hiasan mewah yang mencipta suasana seakan dunia fantasi.
Centre Court Suria KLCC dihiasi dengan instalasi bertema Krismas yang menampilkan pokok Krismas bertingkat sebagai tumpuan utama, diserikan dengan permainan cahaya dan hiasan mewah yang mencipta suasana seakan dunia fantasi.

Beliau berkata, pengiktirafan Malaysia Book of Records mencerminkan komitmen Suria KLCC dalam mencipta pengalaman luar biasa untuk orang ramai.

“Suria KLCC bukan sekadar destinasi membeli-belah tetapi tempat kenangan dicipta. Pengiktirafan sebagai gelanggang luncur luar pertama di Malaysia ini menandakan usaha kami untuk meningkatkan pengalaman percutian yang lebih bermakna, imersif dan bertaraf dunia,” katanya.

Tambah beliau, bagi memeriahkan lagi pengalaman pengunjung, Suria KLCC turut menawarkan pelbagai ganjaran berasaskan jumlah perbelanjaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pembeli yang berbelanja RM500 ke atas dalam satu resit layak menikmati pengalaman meluncur untuk dua orang, manakala mereka yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-baucar membeli-belah bernilai RM100 selain pengalaman luncur yang sama.

Francis menambah, selain Suria KLCC, kempen perayaan ini turut diperluaskan ke pusat beli-belah lain di bawah Suria KLCC Group iaitu Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Kemaman.

 

 

Ringkasan AI

  • Suria KLCC mencatat sejarah dengan membuka gelanggang luncur luar pertama di Malaysia
  • Gelanggang tersebut adalah sebahagian daripada kempen 'A Majestic Christmas' yang berlangsung dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026
  • Gelanggang luncur mengelilingi pokok Krismas setinggi 80 kaki dan menawarkan pengalaman unik dengan latar Menara Berkembar Petronas
  • Dibuka kepada orang ramai dari 26 November hingga 25 Disember 2025, dijangka tarik perhatian pengunjung tempatan dan pelancong antarabangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!