Kempen ‘Gandakan Kebaikan’ Tropicana Twister diiktiraf Malaysia Book of Records

Kempen dengan kerjasama The Lost Food Project dan Kechara Soup Kitchen itu memastikan bantuan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan.
Kempen dengan kerjasama The Lost Food Project dan Kechara Soup Kitchen itu memastikan bantuan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan.
A
A
A

KEMPEN ‘Gandakan Kebaikan’ anjuran Tropicana Twister yang menginspirasikan rakyat Malaysia mencatat dan berkongsi amalan kebaikan secara digital disempurnakan dengan majlis penyerahan sumbangan penuh bermakna.

Majlis tersebut menyaksikan agihan pek bantuan bernilai RM200,000 kepada 5,000 keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara, selain turut menerima pengiktirafan rasmi Malaysia Book of Records bagi kategori “Jumlah Catatan Jurnal Tertinggi Dikumpulkan Menerusi Kempen Digital”.

Pengarah Kanan bagi Francais PepsiCo, Aditya Sheoran berkata, pihaknya mahu menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan masa berkongsi kebaikan dengan cara yang mudah dan bermakna.

“Kami faham bukan semua individu mempunyai masa atau kemampuan untuk menyumbang secara peribadi, di sinilah kami membantu. Setiap kebaikan yang dikongsi menjadi pencetus bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Begitulah tercetusnya kempen ‘Gandakan Kebaikan’, satu gerakan yang lahir daripada kepercayaan bahawa kebaikan, apabila dikongsi akan terus berganda,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sebagai jenama yang menghargai detik penuh nilai, pihaknya yakin kebaikan boleh dimulakan di mana-mana.

“Kami berbangga kerana berjaya mencetuskan gerakan yang memberi impak positif dan mengeratkan hubungan sesama komuniti,” katanya.

Berinspirasikan semangat Ramadan dan Aidilfitri yang penuh dengan nilai keprihatinan dan kebersamaan, kempen dengan kerjasama The Lost Food Project dan Kechara Soup Kitchen itu memastikan bantuan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan.

Hasilnya, sebanyak 50,000 sajian makanan telah diagihkan kepada 5,000 isi rumah berpendapatan rendah di seluruh negara, sekali gus meringankan beban ketua keluarga dalam menyediakan makanan seharian.

Artikel Berkaitan:

Tropicana Twister berbangga kerana berjaya mencetuskan gerakan yang memberi impak positif kepada komuniti.
Tropicana Twister berbangga kerana berjaya mencetuskan gerakan yang memberi impak positif kepada komuniti.

Di sebalik tekanan hidup, inisiatif ini mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap penerima serta memberikan sokongan yang mampu mengurangkan beban mereka.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran PepsiCo, Jennifer Lee berkata, sambutan yang diterima sangat menyentuh hati, penuh makna dan ikhlas.

“Setiap amal kebaikan yang dicatatkan membantu membina sesuatu yang bermakna.

“Kami dapat melihat impaknya apabila senyuman penuh kesyukuran jelas terpancar pada wajah penerima bantuan.

“Ini membuktikan bahawa nilai kebersamaan dan empati masih kekal dalam kalangan rakyat kita,” katanya.

Menariknya, usaha murni berkenaan turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sekali gus menjadi simbol kejayaan pendekatan digital yang inovatif serta kekuatan kerjasama masyarakat sepanjang musim perayaan.

“Pengiktirafan yang diberikan oleh Malaysia Book of Records adalah satu penghormatan besar bagi kami. Selain itu, kami juga terharu kerana dapat membantu keluarga yang kurang bernasib baik dan menceriakan hari mereka.

“Ia mencerminkan semangat rakyat Malaysia yang prihatin dan komited untuk membuat perubahan positif. Kempen ini tidak akan berjaya tanpa sokongan rakan kami, badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan peruncit," katanya.

Tambahnya, kempen tersebut membuktikan bahawa setiap amal kebaikan walaupun kecil mampu memberikan impak besar dalam kehidupan.

Pencapaian itu juga melambangkan komitmen berterusan dalam meringankan beban komuniti yang memerlukan, sejajar dengan aspirasi PepsiCo untuk mencetuskan perubahan bermakna melalui penglibatan dekat dengan masyarakat.

Dalam pada itu, Pengurus PR & Komunikasi The Lost Food Project, Gayathri Liew berkata, kebanyakan penerima bantuan berdepan kekurangan bekalan makanan dan sumbangan ini memberikan kelegaan kepada mereka.

“Dengan sumbangan daripada Tropicana Twister, kami dapat mengurangkan tekanan kewangan dan memastikan lebih ramai individu mendapat nutrisi yang sepatutnya.

“Lebih daripada sekadar sumbangan, kerjasama ini juga menunjukkan bagaimana nilai kebaikan dan kemampanan yang dikongsi bersama mampu memperkukuh komuniti yang sedang berdepan kesukaran,” katanya.

Kempen ini membuktikan bahawa jenama boleh memimpin dengan tujuan serta mencetuskan perubahan bermakna melalui amalan kebaikan.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Facebook Tropicana Twister (@https://www.facebook.com/mytropicana

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!