Kejadian tembakan: Polis jumpa lima kesan tembakan, empat kelongsong peluru

Azahar
Azahar
A
A
A

SEREMBAN - Satu kes tembakan berlaku di sebuah rumah di Taman Bandar Seremban Selatan, di sini pada Khamis.

Bagaimanapun dalam kejadian jam 2 pagi itu, tiada kecederaan dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 1.53 petang daripada seorang lelaki.

"Anggota polis bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban telah terima panggilan MERS 999 daripada pengadu berusia 30-an yang memaklumkan kejadian tembakan pada kereta dan rumah di taman perumahan terbabit.

"Ketika kejadian, penghuni rumah itu ada, tapi hanya menyedari kejadian berlaku pada waktu siang apabila ternampak kesan tembakan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, suspek dipercayai melepaskan tembakan dari luar rumah menggunakan senjata api disyaki jenis semi auto.

Jelanya, pemeriksaan lanjut di lokasi menemui empat kelongsong peluru di atas jalan hadapan rumah dan lima kesan tembakan pada dinding, bingkai pintu, pintu, siling dan cermin kereta.

"Polis masih memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana yang terlibat dan siasatan menyeluruh sedang dilakukan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Azahar berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus talian Hotline IPD Seremban 06-6033222.

Ringkasan AI

  • Satu kes tembakan berlaku di sebuah rumah di Taman Bandar Seremban Selatan, pada Khamis jam 2 pagi tetapi tiada kecederaan dilaporkan
  • Ketua Polis Daerah Seremban menerima maklumat kejadian pada jam 1.53 petang daripada seorang lelaki
  • Penghuni rumah hanya menyedari kejadian pada waktu siang saat ternampak kesan tembakan
  • Suspek dipercayai menggunakan senjata api jenis semi auto dan ditemui empat kelongsong peluru serta lima kesan tembakan pada lokasi
  • Polis masih memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!