14 lelaki direman langgar PKP di Kota Bharu

Seramai 14 lelaki direman antara tiga dan empat hari bermula hari ini hingga Isnin depan selepas gagal mematuhi PKP.
Seramai 14 lelaki direman antara tiga dan empat hari bermula hari ini hingga Isnin depan selepas gagal mematuhi PKP.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 14 lelaki berusia antara 17 hingga 40 tahun, direman antara tiga dan empat hari bermula hari ini hingga Isnin depan selepas gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Kamarul Hasyimie Rosli di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Mereka direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Kesemua individu berkenaan ditahan di beberapa lokasi iaitu di sekitar Jalan Wakaf Mek Zainab, Kubang Kerian, Melor dan Binjai selepas gagal mematuhi PKP yang bermula 18 Mac hingga 14 April depan.

PKP dilaksanakan kerajaan dalam usaha menangani wabak dan memutuskan rantaian virus berkenaan dalam kalangan masyarakat.

Artikel Berkaitan: