Insiden jet ski berlanggar hanya babak filem

Insiden pelanggaran dua jet ski yang tular di media sosial.
Insiden pelanggaran dua jet ski yang tular di media sosial.
A
A
A

MELAKA - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menafikan dakwaan berlaku kemalangan melibatkan dua jet ski di Sungai Melaka seperti yang tular di media sosial sejak awal pagi Khamis.

Menurut PPSPM, video berkenaan sebenarnya sebahagian daripada penggambaran rasmi sebuah produksi filem yang dijalankan dari 26 hingga 28 November ini.

“Hasil semakan dan pengesahan bersama pihak produksi mendapati adegan berkenaan telah dirancang lebih awal, melibatkan pelakon dan kru profesional selain dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan.

Penunggang jet ski yang jatuh ke sungai dibantu kru yang berada di lokasi.
Penunggang jet ski yang jatuh ke sungai dibantu kru yang berada di lokasi.

“Pihak produksi turut berada di bawah pemantauan dan kerjasama agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan,” katanya menerusi kenyataan.

Pada Khamis, tular video berdurasi dua minit 56 saat memaparkan insiden dua jet ski berlanggar sehingga menyebabkan salah seorang daripada penunggangnya terjatuh ke dalam air.

Lelaki berkenaan dilihat dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibantu beberapa individu lain membawa naik dan dibaringkan ke kawasan lapang.

Artikel Berkaitan:

Penunggang jet ski yang jatuh ke sungai dibantu kru yang berada di lokasi.
Penunggang jet ski yang jatuh ke sungai dibantu kru yang berada di lokasi.

PPSPM berkata, pasukan perubatan dan ambulans turut ditempatkan di lokasi sepanjang proses penggambaran sebagai langkah kesiapsiagaan sekiranya berlaku kecemasan.

“Justeru, orang ramai disarankan agar tidak membuat tafsiran yang salah atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran awam.

“PPSPM komited untuk memastikan semua aktiviti penggambaran yang dijalankan di Sungai Melaka mematuhi piawaian keselamatan dan peraturan pihak berkuasa demi menjaga imej, kelestarian serta keselamatan kawasan pelancongan warisan negeri,” katanya.

Ringkasan AI

  • Jet ski berlanggar di Sungai Melaka merupakan sebahagian babak filem
  • PPSPM menafikan dakwaan kemalangan jet ski di media sosial adalah benar
  • Penggambaran filem berlangsung dari 26 hingga 28 November ini
  • Pihak produksi mengikut prosedur keselamatan dan dikawal oleh agensi berkaitan
  • Pasukan perubatan ditempatkan di lokasi penggambaran sebagai langkah kesiapsiagaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!