Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Benteng pantai pecah: Kampung Sungai Berong Laut dilanda banjir lima hari berturut

28 November 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Sudah memasuki hari kelima, penduduk Kampung Berong Laut, Rengit terpaksa berlindung di pusat transit sementara selepas kawasan itu terus dilanda banjir susulan benteng penahan ombak yang pecah sejak lima hari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Keadaan bertambah buruk apabila hujan hampir setiap hari sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) bertembung dengan fenomena air pasang sekali gus meningkatkan kebimbangan penduduk kerana rumah mereka terletak kira-kira 700 meter dari pantai.

https://www.sinarharian.com.my/article/758536/edisi/johor/benteng-pantai-pecah-kampung-sungai-berong-laut-dilanda-banjir-lima-hari-berturut

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #bentengpantaipecah #ombakkuat #MonsunTimurLaut #banjir