Seorang lelaki direman kes rogol, miliki senjata, langgar PKP

Lelaki berusia 49 tahun itu (kiri) direman tujuh hari bermula hari ini.
Lelaki berusia 49 tahun itu (kiri) direman tujuh hari bermula hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pekerja kedai makan direman tujuh hari bagi membantu siasatan tiga kes berasingan termasuk kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak pandemik koronavirus (Covid-19).

Dua kes lain membabitkan rogol dan juga memiliki senjata.

Siasatan melibatkan ketiga-tiga kes terbabit dibuat mengikut Siasatan itu dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Peruntukan 7 (1) (Langkah Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Wahida Zainal Abidin terhadap lelaki berusia 49 tahun itu bermula hari ini sehingga 2 April ini.

Polis mengiringi lelaki itu ke kamar mahkamah
Polis mengiringi lelaki itu ke kamar mahkamah

Untuk rekod, ia merupakan kes pertama bagi daerah Kuantan membabitkan orang awam yang direman di bawah PKP, membuktikan tindakan tegas pihak polis terhadap individu yang masih ingkar.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan polis menahan lima lelaki dalam dua operasi berasingan di Taman Tas dan Perumahan Pak Mahat, di sini sekitar jam 5 petang semalam dan 1 pagi tadi.

Empat daripada mereka dilepaskan dengan jaminan polis pagi tadi serta diberi amaran tegas agar tidak mengulangi perbuatan mengingkari PKP.

Artikel Berkaitan: