Ribut tropika: Hujan lebat, angin kencang dijangka landa utara Semenanjung - MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di negeri-negeri utara Semenanjung susulan pembentukan ribut tropika berhampiran kawasan berkenaan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, ketika cerapan pada jam 11 pagi tadi, ribut itu dikesan berada di latitud 4.5 utara dan longitud 97.9 timur, kira-kira 309 kilometer (km) ke tenggara Bandar Acheh, Indonesia, dan 284 km ke barat daya George Town, Pulau Pinang.
MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan ribut tersebut dijangka bergerak ke arah barat-barat daya dengan kelajuan sembilan km/j, dan berpotensi mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 83 km/j.
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut dan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi di www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638. - Bernama
Ringkasan AI
- Hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora dijangka di negeri-negeri utara Semenanjung
- Ribut tropika muncul berhampiran kawasan tersebut
- Ribut itu berada 309 kilometer ke tenggara Bandar Acheh dan 284 kilometer ke barat daya George Town
- Bergerak arah barat-barat daya dengan potensi kelajuan angin maksimum 83 kilometer/jam
- Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia dan mengikuti maklumat cuaca dari MetMalaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
