Lelaki ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar MRSM

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, tangkapan itu dibuat susulan tiga laporan yang diterima daripada mangsa pada jam 4.16 petang Rabu.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai memasuki asrama berkenaan, kemudian menyentuh ketiga-tiga remaja berusia 16 tahun ketika mereka sedang tidur di katil masing-masing," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ibrahim berkata, semakan lanjut mendapati suspek berusia 48 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini bagi permohonan reman.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan," katanya
Ringkasan AI
- Seorang lelaki tempatan ditahan atas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di asrama MRSM Hulu Selangor
- Tangkapan dibuat susulan tiga laporan diterima daripada mangsa
- Suspek disyaki memasuki asrama dan menyentuh remaja 16 tahun ketika tidur
- Suspek berusia 48 tahun tanpa rekod lampau
- Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
