Penunggang motosikal maut dirempuh pikap polis

Gambar lokasi kejadian kemalangan maut. Foto tular
Gambar lokasi kejadian kemalangan maut. Foto tular
A
A
A

KANGAR – Polis menahan seorang anggotanya selepas sebuah kenderaan peronda yang dipandunya terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Persiaran Wawasan, berhampiran Mini Putrajaya, pada Isnin.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 10.20 malam itu terjadi ketika anggota berkenaan sedang menjalankan tugas rondaan, sebelum pikap polis terbabit bertembung dengan dua buah motosikal dari arah bertentangan di kawasan Gua Sami.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berpunca daripada kecuaian pemandu pikap terbabit.

Tangkap layar video menunjukkan motosikal yang dinaiki mangsa terlibat kemalangan dengan sebuah pikap polis. Foto tular
Tangkap layar video menunjukkan motosikal yang dinaiki mangsa terlibat kemalangan dengan sebuah pikap polis. Foto tular

Menurutnya, susulan kejadian itu, anggota berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

“Polis turut meminta orang awam yang menyaksikan kejadian tampil memberikan maklumat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau tindakan sendiri yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Sementara itu, beberapa hantaran video berkaitan insiden tersebut turut tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!