Lima calon SPM terkandas banjir sempat duduki peperiksaan selepas diselamatkan bomba

KUALA KRAI - Lima calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkandas dalam banjir di Kampung Bedal di sini selamat menduduki peperiksaaan selepas diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Krai pada Rabu.
Mereka tiba di Sekolah Menengah Agama Shukriah Bukit Sireh di sini sebelum peperiksaan bermula jam 8 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Afsham Nik Pa berkata, lima pelajar ini dikatakan antara yang tertinggal apabila jalan utama di Kampung Bedal dinaiki air sekitar 0.7 meter ekoran hujan lebat beterusan sejak malam tadi.
"Saya dimaklumkan ramai calon SPM yang terkandas dan telah selamat ke pusat peperiksaan lebih awal. Lima calon ini antara yang tidak sempat kerana paras air naik cepat," katanya.
Menurut beliau, mereka dibawa menaiki trak dan dibantu oleh lima anggota bomba bertugas.
Ringkasan AI
- Lima calon SPM terkandas banjir di Kuala Krai sempat duduki peperiksaan selepas diselamatkan bomba
- Diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Krai
- Tiba di Sekolah Menengah Agama Shukriah Bukit Sireh sebelum peperiksaan bermula jam 8 pagi
- Jalan utama Kampung Bedal dinaiki air sekitar 0.7 meter ekoran hujan lebat
- Dibawa menaiki trak dan dibantu oleh lima anggota bertugas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

