Hubungan terlarang berakhir tragedi, wanita dibunuh kejam kekasih gelap

PEMALANG - Hubungan terlarang seorang wanita bersama lelaki berstatus suami orang berakhir dengan kematian dalam satu kejadian menggemparkan.
Mangsa dikenali sebagai K, 35, di Pemalang, Jawa Tengah di Indonesia dibunuh kekasih gelapnya, Slamet Romadon, 37.
Kejadian itu berlaku selepas hubungan mereka diketahui isteri Slamet sehingga mencetuskan pergaduhan mulut antara pasangan tersebut.
Pihak berkuasa memaklumkan jasad K ditemui dalam keadaan terikat dan kepalanya dibungkus plastik di sebuah rumah di Desa Saradan.
"Suspek berjaya diberkas pada malam Isnin di wilayah Desa Sewaka, sehari selepas mayat wanita itu ditemui.
"Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat komunikasi terakhir mangsa bersama pelaku," kata AKP Johan Widodo.
Menurutnya, mangsa mengugut mahu menyebarkan foto intim mereka kepada keluarga Slamet sehingga mencetuskan kemarahannya.
"Pelaku yang tidak dapat menahan amarah bertindak mencekik dan memukul K beberapa kali.
"Dia kemudiannya mengikat tangan, kaki dan leher sebelum mengheretnya ke bilik air.
"Kepala mangsa turut ditutup dengan plastik hingga dia meninggal dunia akibat lemas," jelas Johan lagi. - Agensi
Ringkasan AI
- Hubungan terlarang seorang wanita bersama lelaki berstatus suami orang berakhir dengan kematian
- Mangsa berusia 35 tahun dibunuh oleh kekasih gelapnya, Slamet Romadon, usia 37 tahun
- Kejadian berlaku setelah hubungan mereka diketahui oleh isteri Slamet
- Jasad mangsa ditemui dalam keadaan terikat dan kepalanya dibungkus plastik
- Suspek ditangkap berdasarkan maklumat komunikasi terakhir mangsa dengan pelaku
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

