Wanita warga emas melecur, suami selamat rumah terbakar

Seorang wanita warga emas melecur 60 peratus dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan SS1/8 di sini pada Rabu.
Seorang wanita warga emas melecur 60 peratus dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan SS1/8 di sini pada Rabu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang wanita warga emas melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan SS1/8 di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 6.09 pagi.

"Seramai 15 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling serta bantuan BBP Jalan Penchala bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh enam kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian sembilan minit kemudian, mendapati sebuah rumah teres terbakar 60 peratus.

"Seorang wanita berusia 67 tahun melecur 60 peratus telah diserahkan kepada pihak ambulans dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

"Manakala suaminya berusia 75 tahun tidak mengalami kecederaan diserahkan kepada keluarganya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!