Masjid Al - Ehsan tenggelam kali ketiga tahun ini

Anggota FRU turut membantu membersihkan Sekolah KAFA Integrasi Kampung Sungai Serai.
Anggota FRU turut membantu membersihkan Sekolah KAFA Integrasi Kampung Sungai Serai.
A
A
A

HULU LANGAT - Masjid Al-Ehsan di Kampung Sungai Serai sekali lagi ditenggelami banjir, ia kejadian kali ketiga tahun ini apabila hujan lebat melanda kawasan berkenaan.

Imam Masjid Al - Ehsan, Muhd Aliff Daniel Muhd Zahudi berkata, mujur tiada peralatan rosak dalam kejadian banjir setinggi satu meter pada Isnin.

"Pada September lalu, kami tidak sempat mengalihkan karpet dalam insiden banjir kali kedua," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Muhd Zahudi berkata, masjid itu dibina pada 1990an dan seringkali ditenggalami banjir akibat hujan lebat.

"Masjid baharu berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding dalam proses pembinaan dan dijangka siap dua tahun lagi," ujarnya.

Sementara itu, Pengetua Sekolah KAFA Integrasi Kampung Sungai Serai, Martini Mohamad Saleh berkata, sekolah berhampiran masjid itu turut dlanda banjir.

"Banyak kerusi dan meja rosak dalam kejadian banjir yang bermula jam 9 pagi Isnin. Sekolah ini sudah lebih enam kali dilanda banjir pada tahun ini," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati banjir sudah surut, kerja-kerja pembersihan giat dilaksanakan di kampung tersebut, malah anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut membantu membersihkan sekolah itu.

Pada Isnin, media melaporkan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai bagi menempatkan keluarga yang terjejas, sementara operasi pemindahan giat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cheras menggunakan bot penyelamat dan kenderaan pacuan empat roda.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Masjid Al-Ehsan di Kampung Sungai Serai ditenggelami banjir kali ketiga tahun ini akibat hujan lebat
  • Tiada peralatan rosak dalam kejadian banjir setinggi satu meter
  • Masjid yang dibina pada 1990an seringkali ditenggelami banjir
  • Masjid baharu sedang dibina dan dijangka siap dalam dua tahun
  • Sekolah KAFA Integrasi Kampung Sungai Serai juga dilanda banjir, kerusi dan meja rosak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!