Bangunan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan terbakar

KOTA BHARU - Sebuah pejabat pengurusan dan pondok pengawal di bangunan milik Pas iaitu Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini terbakar pada pagi Selasa.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan 1, Che Mazlan Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.31 pagi.

"Jentera tiba di lokasi jam 5.40 pagi bersama lapan anggota termasuk pegawai.
"Kebakaran terbabit melibatkan sebuah pondok pengawal berserta pejabat pengurusan PUTIK yang membabitkan kemusnahan sebanyak 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, operasi pemadaman terkawal pada jam 5.49 pagi.
Ujarnya, pada jam 6.48 pagi operasi pemadaman tamat sepenuhnya.
Ringkasan AI
- Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan milik Pas terbakar pada pagi Selasa
- Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.31 pagi
- Kebakaran melibatkan pondok pengawal dan pejabat pengurusan dengan kemusnahan 80 peratus
- Operasi pemadaman terkawal bermula pada jam 5.49 pagi
- Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 6.48 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

