PRN Sabah: Tiada arahan sokong GRS atau BN - Fuziah

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memberikan sebarang arahan kepada ahlinya di Sabah mengenai pihak mana yang perlu disokong di kawasan yang mempunyai kedua-dua calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, kepimpinan pusat akan menentukan calon mana yang perlu disokong apabila tiba masanya.
"Pada ketika ini, tiada arahan secara menyeluruh. Kami melakukannya mengikut kes berdasarkan siapa yang lebih berpeluang menang," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan E-Dagang ASEAN 2025 di sini pada Isnin.
Media melaporkan sebuah cawangan PKR telah menyatakan sokongan untuk calon BN di kerusi Tempasuk yang turut direbut calon GRS.
Hari mengundi PRN Sabah ditetapkan pada 29 November ini manakala pengundian awal pada 25 November. - Bernama
Ringkasan AI
- PKR tidak memberikan arahan khusus kepada ahlinya di Sabah untuk menyokong pihak tertentu dalam PRN Sabah
- Kepimpinan pusat PKR akan menentukan sokongan kepada calon berdasarkan peluang kemenangan
- Tiada arahan secara menyeluruh dari PKR sehingga sekarang
- Sebuah cawangan PKR di Sabah menyatakan sokongan kepada calon BN
- Hari mengundi PRN Sabah adalah pada 29 November, dengan pengundian awal pada 25 November
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
