PRN Sabah: 24,426 tentera, polis dan pasangan mengundi awal esok

Bahang PRN Sabah ke-17 semakin dirasai apabila 24,426 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka esok. Gambar hiasan
Bahang PRN Sabah ke-17 semakin dirasai apabila 24,426 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka esok. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 semakin dirasai apabila 24,426 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka esok.

Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 11,697 pengundi awal terdiri daripada tentera dan pasangan, manakala 12,729 lagi melibatkan anggota polis serta pasangan.

Sebanyak 58 pusat pengundian awal akan dibuka serentak di seluruh negeri bermula pada jam 8 pagi, sebelum ditutup secara berperingkat.

Antara lokasi pusat mengundi awal ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, ibu pejabat polis daerah serta kem-kem tentera di seluruh negeri.

Selepas selesai pengundian awal, semua kertas undi tidak akan dikira serta-merta, sebaliknya proses pengiraan akan dilaksanakan semasa hari pengundian pada 29 November ini.

Dengan selesainya proses pengundian awal esok, tumpuan akan beralih pada hari pengundian yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan sebanyak 596 calon bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 74 daripadanya ialah calon yang bertanding atas tiket Bebas.

Tempoh berkempen bagi PRN Sabah ke-17 yang bermula dari 15 November lepas akan berakhir pada 11.59 malam, 28 November.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bahang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 semakin dirasai dengan 24,426 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka esok
  • Sebanyak 11,697 pengundi awal adalah tentera dan pasangan, sementara 12,729 lagi adalah anggota polis dan pasangan
  • Sebanyak 58 pusat pengundian awal akan dibuka serentak di seluruh negeri
  • Lokasi pusat mengundi awal termasuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan kem-kem tentera
  • Kertas undi pengundian awal akan dikira pada hari pengundian, 29 Nov

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!