4 lelaki direman kes tetak pemuda ketika makan bersama kekasih

Empat suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan kes
seorang pemuda ditetak di sebuah kedai makan di Kampung Permatang Tinggi, Jumaat lalu.
Empat suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan kes seorang pemuda ditetak di sebuah kedai makan di Kampung Permatang Tinggi, Jumaat lalu.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM – Empat lelaki direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang pemuda ditetak dalam kejadian di sebuah kedai makan di Kampung Permatang Tinggi, Jumaat lalu.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pagi Isnin.

Suspek berusia antara 23 hingga 43 tahun itu direman bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Keempat-empat lelaki berkenaan tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 8.40 pagi dengan berpakaian lokap polis, diiringi pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Suspek berusia antara 23 hingga 43 tahun direman bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Suspek berusia antara 23 hingga 43 tahun direman bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 22 tahun parah selepas ditetak oleh sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika dia baru selesai makan bersama kekasih dan rakan lelakinya.

Kumpulan suspek dikatakan menyerang sebelum menetak bahagian kiri leher mangsa menggunakan senjata tajam, menyebabkan mangsa berlumuran darah.

Kurang enam jam kemudian, polis berjaya menahan semua suspek di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang dan Perak.

Artikel Berkaitan:

Sumber memaklumkan semua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan pelbagai kes jenayah dan dadah, sementara motif serangan masih dalam siasatan.

Sebelum ini, tular beberapa video dan gambar memaparkan mangsa dibantu orang awam dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai ditetak menggunakan parang.

 

 

Ringkasan AI

  • Empat lelaki direman selama tiga hari untuk siasatan kes pemuda ditetak di Kampung Permatang Tinggi
  • Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam
  • Suspek berusia antara 23 hingga 43 tahun disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan
  • Mangsa berusia 22 tahun parah selepas diserang dan ditetak di leher
  • Suspek yang mempunyai rekod lampau jenayah ditahan kurang dari enam jam selepas kejadian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!