Kumpulan AirAsia gantung beberapa penerbangan antarabangsa

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

AIRASIA Group Bhd menggantung kesemua penerbangan antarabangsa bagi sementara waktu untuk operasi di Malaysia, Thailand dan Filipina kerana penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Bagi AirAsia Indonesia, kumpulan syarikat penerbangan itu mengurangkan kekerapan penerbangan antarabangsanya, sementara operasi domestik diteruskan pada jumlah kekerapan yang dikurangkan.

"Ahli Lembaga percaya bahawa penggantungan penerbangan sementara ini tindakan yang betul untuk memastikan kesejahteraan penumpang, tetamu dan kakitangan kami, ia akan kekal sebagai keutamaan dalam perniagaan kami dalam masa yang mencabar sekarang.

"Syarikat itu akan terus menilai keadaan dari semasa ke semasa dan bersedia untuk meneruskan kembali perkhidmatan sebaik sahaja keadaan bertambah baik, tertakluk kepada kelulusan pengawal seliaan," kata syarikat penerbangan kos rendah itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.