Lelaki hilang dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma

Seorang lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, berhampiran Pintasan Saloma petang Isnin. Foto Bernama
Seorang lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, berhampiran Pintasan Saloma petang Isnin. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan seorang lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, berhampiran Pintasan Saloma di sini petang Isnin.

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur, kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang, semasa mangsa hendak mengalih kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan berkenaan susulan sedang melakukan kerja-kerja penambahbaikan paip.

Beliau berkata, semasa insiden itu terdapat 13 mangsa secara keseluruhan berada di bawah jambatan itu tidak sempat melarikan diri apabila kepala air sampai ke lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, 12 daripada 13 mangsa itu berjaya diselamatkan, terdiri daripada pemancing dan pekerja penambaikan paip,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguhkan 11 malam Isnin dan akan disambung semula 9.30 pagi Selasa.

"Setakat ini mangsa masih belum ditemukan. Pasukan SAR yang terdiri daripada polis, bomba dan agensi lain akan menyambung pencarian pagi esok,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan seorang lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang
  • Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang semasa mangsa hendak mengalih kenderaan
  • Terdapat 13 mangsa secara keseluruhan di bawah jambatan tidak sempat melarikan diri
  • 12 daripada 13 mangsa itu berjaya diselamatkan
  • Operasi mencari dan menyelamat mangsa ditangguhkan dan akan disambung semula

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!