Parti tempatan tidak pernah anti Semenanjung, anti Malaya – Mohd Azis Jamman

Mohd Azis
Mohd Azis
A
A
A

KOTA KINABALU – Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman menepis dakwaan bahawa parti tempatan Sabah cuba menanam sentimen anti Semenanjung atau anti Malaya.

Menurut Mohd Azis, rakyat dan pemimpin parti tempatan Sabah tetap sayangkan negara, dan sentimen seperti itu tidak pernah wujud dalam fikiran mereka.

"Apabila kita melaungkan tentang kepentingan untuk memberikan sokongan kepada parti tempatan, tidak bermakna kita anti Malaya, anti Semenanjung.

"Kami sayangkan Malaysia. Kami hanya menuntut hak Sabah. Namun, kenapa kami dilabel sedemikian.

"Jika dilihat, Sarawak juga hebat menuntut hak mereka tapi tidak pernah dilabel anti Semenanjung," katanya ketika ditemu bual Sinar Harian pada Rabu.

Jelasnya, perubahan landskap politik menjadi faktor kepada salah faham tersebut.

"Dinamika politik ketika ini di Sabah sudah berubah. Berbeza dengan sebelum ini.

"Orang Sabah lebih cenderung memilih dan berharap Sabah dipimpin parti 'original' Sabah yang lebih faham tentang Sabah," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Azis berharap dakwaan sedemikian dapat dihentikan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, ada pihak cuba menanam sentimen anti Semenanjung atau anti Malaya untuk menunjukkan kekuatan Sabah.

 

 

Ringkasan AI

  • Datuk Mohd Azis Jamman menepis dakwaan parti Warisan anti Semenanjung
  • Mohd Azis menyatakan rakyat dan pemimpin Sabah sayangkan Malaysia dan menuntut hak Sabah
  • Dakwaan anti Semenanjung timbul akibat salah faham terhadap perubahan landskap politik Sabah
  • Parti Warisan mengharapkan Sabah dipimpin oleh parti asal Sabah untuk kefahaman yang lebih baik
  • Tuduhan menanam sentimen anti Semenanjung oleh UMNO Sabah disebut sebagai salah faham

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!