Tujuh daerah di Songkhla diisytihar zon bencana, hospital di Pattani digenangi banjir

Pesakit sebuah hospital di Pattani dipindahkan ke fasiliti kesihatan berhampiran.
Pesakit sebuah hospital di Pattani dipindahkan ke fasiliti kesihatan berhampiran.
A
A
A

BANGKOK - Tujuh daerah di wilayah Songkhla, selatan Thailand, diisytiharkan sebagai zon bencana kecemasan selepas hujan lebat berterusan sejak 19 November menyebabkan banjir besar yang menjejaskan hampir 18,000 isi rumah.

Menurut laporan Bangkok Post, daerah terlibat ialah Rattaphum, Muang Songkhla, Khlong Hoi Khong, Ranot, Krasae Sin, Sathing Phra dan Hat Yai.

Pihak berkuasa tempatan kini giat menjalankan operasi pemindahan dan bantuan kecemasan, termasuk penggunaan bot getah untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap.

Sementara itu, sebuah hospital di wilayah Pattani dilapor digenangi banjir akibat limpahan air sungai ke kawasan bandar.

Operasi perubatan terpaksa dihentikan sementara dan pesakit dipindahkan ke fasiliti kesihatan berhampiran.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) Thailand memaklumkan bahawa banjir turut melanda lapan wilayah di selatan negara itu, termasuk Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Trang dan Phatthalung, melibatkan lebih 124,000 isi rumah dan hampir 360,000 penduduk.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini, namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan lebat dijangka berterusan sehingga 23 November, dengan amaran tahap maksimum telah dikeluarkan di beberapa kawasan berisiko tinggi. - Awani 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tujuh daerah di wilayah Songkhla, selatan Thailand, diisytiharkan sebagai zon bencana kecemasan akibat hujan lebat
  • Hujan berterusan sejak 19 November menyebabkan banjir besar menjejaskan hampir 18,000 isi rumah
  • Operasi pemindahan dan bantuan kecemasan sedang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan
  • Sebuah hospital di wilayah Pattani digenangi banjir, operasi perubatan dihentikan dan pesakit dipindahkan
  • Banjir melanda lapan wilayah di selatan Thailand, melibatkan lebih 124,000 isi rumah dan hampir 360,000 penduduk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!