Keperluan menyeluruh jadi asas utama persempadan semula bandar berkepadatan tinggi

Mohamed Sukri (tengah) ketika ditemui Sinar Harian pada Jumaat. Foto: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
Mohamed Sukri (tengah) ketika ditemui Sinar Harian pada Jumaat. Foto: SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Keperluan menyeluruh mesti dijadikan asas utama dalam mempertimbangkan persempadanan semula kawasan khususnya di bandar-bandar utama yang kini berdepan kepadatan penduduk tinggi hingga menyebabkan kesesakan di sekolah-sekolah di kawasan bandar.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, setiap cadangan perubahan sempadan atau perancangan bandar tidak boleh dibuat secara terpisah daripada keutamaan rakyat.

"Saya kira, perancangan bandar perlu tepat, bukan kira apa yang kerajaan negeri akan dapat pulangan yang besar tapi mesti kembali kepada rakyat.

"Soal persempadanan semula dibahaskan dengan begitu panjang di kalangan politik sama ada persempadanan semula dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ataupun sebagainya tetapi saya lihat, apapun ia mesti kembali kepada keperluan rakyat. Apa yang rakyat perlukan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Jumaat, bandar-bandar utama di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang dan Selangor dilaporkan berdepan kepadatan penduduk yang tinggi, dengan Kuala Lumpur sendiri mencatatkan 8,235 orang bagi setiap 1 kilometer (km) persegi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, senario itu menyebabkan berlaku kesesakan di sekolah-sekolah di kawasan bandar berikutan pertambahan jumlah pelajar saban tahun.

Tambah Mohamed Sukri, beliau sendiri mendapat maklum balas daripada penduduk tempatan khususnya di Shah Alam berhubung pelaksanaan projek baharu yang didakwa tidak memenuhi ciri kelestarian.

Beliau menegaskan bahawa kegagalan mempertimbang kemampuan kemudahan sedia ada hanya akan menambah beban penduduk.

Sebagai contohnya, katanya, projek yang dibangunkan tanpa mengambil kira fungsi asal kawasan tertentu apabila kawasan rizab bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dibangunkan kondominium.

Artikel Berkaitan:

Menurut Mohamed Sukri, keadaan itu memberi kesan langsung kepada kemampuan infrastruktur, terutama kemudahan pendidikan.

“Sekolah yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah pelajar yang sedia ada kerana pembangunan dibuat tidak mengambil keadaan menyeluruh," kata beliau lagi.

Ujarnya, perancangan tidak menyeluruh inilah yang akhirnya menimbulkan pelbagai masalah sampingan seperti banjir dan kesesakan lalu lintas.

Justeru, beliau menegaskan bahawa apa sahaja keputusan berkaitan persempadanan semula, pembangunan mahupun perancangan bandar, mesti berdasarkan kepentingan masyarakat secara keseluruhan.

Ringkasan AI

  • Keperluan menyeluruh harus menjadi asas utama dalam persempadanan semula kawasan bandar yang mengalami kepadatan penduduk
  • Setiap cadangan perubahan sempadan atau perancangan bandar tidak boleh terpisah dari keutamaan rakyat
  • Bandar-bandar utama di Malaysia berdepan dengan kepadatan penduduk tinggi yang menyebabkan kesesakan di sekolah-sekolah
  • Projek yang dibangunkan tanpa mengambil kira fungsi asal kawasan tertentu boleh menambah beban penduduk
  • Keputusan berkaitan persempadanan semula dan pembangunan harus berdasarkan kepentingan masyarakat secara keseluruhan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!