Pesakit Covid-19 meningkat tiga hari berturut-turut

 Bilangan pesakit baharu yang dijangkiti koronavirus (Covid-19) terus menunjukkan peningkatan selama tiga hari berturut-turut.
Bilangan pesakit baharu yang dijangkiti koronavirus (Covid-19) terus menunjukkan peningkatan selama tiga hari berturut-turut.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bilangan pesakit baharu yang dijangkiti koronavirus (Covid-19) terus menunjukkan peningkatan selama tiga hari berturut-turut.

Bermula Selasa lalu, kes baharu dicatatkan sebanyak 106 kes, manakala 172 kes direkodkan semalam.

Hari ini sebanyak 235 kes positif Covid-19 diterima Kementerian Kesihatan (KKM) sekali gus mencatatkan bilangan pesakit Covid-19 melepasi 2,000 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes setakat jam 12 tengah hari ini adalah sebanyak 2,031.

"Berdasarkan siasatan awal, 235 kes baharu dilaporkan hari ini, 60 kes daripadanya kluster perhimpunan tabligh manakala baki 175 masih dalam siasatan," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini kes Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Menurutnya, pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal 45 kes.

"Daripada jumlah itu, 32 kes masih memerlukan bantuan pernafasan, namun pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan menggunakan mesin ventilator berkurangan dua kes berbanding semalam.

"Berdasarkan statistik bilangan kes mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes baharu positif Covid-19 tertinggi iaitu 75 kes diikuti Kuala Lumpur 51 kes dan Johor 43 kes," katanya.

Artikel Berkaitan: