Ethiopia jadi pintu masuk produk Malaysia ke Afrika - Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Foto Bernama
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR -  Malaysia melihat Ethiopia sebagai pintu masuk strategik bagi produk negara memasuki pasaran Afrika, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Dalam catatan di laman X, beliau berkata, penilaian itu dibuat susulan pertemuan antara delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali, yang menyaksikan kedua-dua negara bersetuju memperkukuh hubungan perdagangan dua hala.

"Kita melihat Ethiopia sebagai pintu masuk strategik untuk produk Malaysia ke benua Afrika, manakala Malaysia pula sebagai pintu masuk untuk produk Ethiopia ke pasaran ASEAN,” katanya.

Tengku Zafrul berkata sektor utama kerjasama merangkumi industri halal, yang menawarkan potensi besar bagi eksport makanan dan minuman halal Malaysia, selain produk seperti kelapa sawit.

"Kami juga sedang meneroka peluang untuk mengimport kopi berkualiti tinggi, biji minyak, dan hasil hortikultur dari Ethiopia.

"Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industru komited untuk terus menyokong pengukuhan hubungan perdagangan dua hala ini,” kata beliau. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Malaysia melihat Ethiopia sebagai pintu masuk strategik bagi produk negara memasuki pasaran Afrika
  • Penilaian ini dibuat susulan pertemuan antara delegasi Malaysia dengan Perdana Menteri Ethiopia
  • Ethiopia dianggap sebagai pintu masuk untuk produk Malaysia ke benua Afrika dan sebaliknya untuk produk Ethiopia ke pasaran ASEAN
  • Sektor utama kerjasama merangkumi industri halal, termasuk eksport makanan dan minuman halal serta kelapa sawit
  • Malaysia juga sedang meneroka peluang untuk mengimport kopi berkualiti tinggi, biji minyak, dan hasil hortikultur dari Ethiopia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!