13 maut bas terjunam dalam sungai di Kemboja

PHNOM PENH - Seramai 13 orang maut dan 24 yang lain cedera selepas sebuah bas merempuh penghadang jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai di wilayah Kampong Thom, tengah Kemboja pada awal pagi Khamis, menurut seorang pegawai polis tempatan, lapor Xinhua.
Timbalan Ketua Polis Daerah Santuk, Siv Sovanna berkata, kemalangan maut itu berlaku di sebatang jalan di daerah berkenaan kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan.
"Seramai 13 orang, termasuk lapan wanita disahkan maut manakala 24 yang lain cedera,” katanya ketika dihubungi Xinhua.
"Pemanduan dalam keadaan mengantuk dipercayai menjadi punca kemalangan.”
Beliau berkata, mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital sejurus selepas kejadian, sambil menambah bahawa semua mangsa adalah rakyat Kemboja. - Bernama
Ringkasan AI
- Seramai 13 orang maut dan 24 yang lain cedera dalam kemalangan bas di Kampong Thom, Kemboja
- Kemalangan terjadi awal pagi Khamis apabila bas merempuh penghadang jambatan dan terjunam ke dalam sungai
- Timbalan Ketua Polis Daerah Santuk, Siv Sovanna, mengesahkan kejadian itu
- Pemanduan dalam keadaan mengantuk dipercayai menjadi punca
- Semua mangsa adalah rakyat Kemboja dan yang cedera dihantar ke hospital segera
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
