Wanita mengamuk di klinik di hantar ke Hospital Bahagia

Tangkap layar video tular memaparkan suspek ditahan selepas didakwa mengamuk di sebuah klinik kesihatan di Gombak baru-baru ini.
Tangkap layar video tular memaparkan suspek ditahan selepas didakwa mengamuk di sebuah klinik kesihatan di Gombak baru-baru ini.
A
A
A

GOMBAK – Seorang wanita bertindak agresif apabila mengeluarkan kata-kata kesat dan meludah ke arah kakitangan awam serta pesakit lain di sebuah klinik kesihatan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia lingkungan 20-an itu hadir ke klinik bersama anaknya untuk mendapatkan rawatan sebelum bertindak luar kawalan.

"Suspek bertindak agresif dengan menjerit, memaki hamun, berdiri di atas kerusi serta meludah ke arah kakitangan dan orang awam yang berada di klinik.

"Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat pada jam 12.25 tengah hari berikutan kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

"Suspek telah ditangkap pada hari yang sama dan dituduh di Mahkamah Majistret Selayang.

"Kes disebut untuk sebutan pada 19 Disember 2025," katanya.

Menurutnya, tertuduh akan dihantar ke Hospital Bahagia untuk penilaian selain tiada ikat jamin yang ditawarkan.

Tular di media sosial baru-baru ini memaparkan seorang wanita mengamuk di sebuah klinik di kawasan Gombak ketika hadir mendapatkan rawatan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita bertindak agresif di klinik kesihatan Gombak dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan meludah
  • Suspek berusia 20-an hadir ke klinik bersama anaknya sebelum bertindak luar kawalan
  • Kejadian berlaku pada Rabu dan laporan polis dibuat pada jam 12.25 tengah hari
  • Suspek ditangkap dan dituduh di Mahkamah Majistret Selayang, kes disebut pada 19 Disember 2025
  • Kejadian mengamuk di klinik tular di media sosial

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!