[VIDEO] Seorang wanita pengsan, ratusan penumpang terperangkap dalam monorel
KUALA LUMPUR – Seorang wanita pengsan ketika terperangkap bersama ratusan penumpang di dalam sebuah tren monorel yang terkandas di laluan Jalan Sultan Ismail menghala ke Medan Tuanku berhampiran Maju Junction pada Khamis.
Insiden berlaku kira-kira jam 9.39 pagi sebelum Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui NG999.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohamad Remi Che Hat berkata, pihaknya tiba pada jam 9.42 pagi dan mendapati tren berkenaan terkandas di laluan Medan Tuanku.
"Maklumat daripada pihak pengurusan monorel memaklumkan keadaan di lokasi adalah terkawal.
"Kerja-kerja memindahkan penumpang dilakukan oleh pasukan penyelenggaraan mereka," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, seramai 373 penumpang berjaya dipindahkan dengan selamat.
"Terdapat seorang wanita dewasa berusia 58 tahun yang pengsan ketika kejadian itu.
"Mangsa bagaimanapun telah sedar selepas menerima rawatan daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan untuk rawatan lanjut. Operasi tamat pada jam 11.03 pagi,” katanya.
Ringkasan AI
- Seorang wanita pengsan ketika terperangkap dalam monorel di Jalan Sultan Ismail
- Insiden berlaku pada jam 9.39 pagi
- Pihak bomba tiba di lokasi pada jam 9.42 pagi
- Sebanyak 373 penumpang berjaya dipindahkan dengan selamat
- Wanita yang pengsan itu berusia 58 tahun dan telah sedar selepas menerima rawatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

