Warisan janji hapus rasuah jika bentuk kerajaan Sabah

KUDAT – Parti Warisan akan memberi tumpuan kepada usaha menghapuskan rasuah sekiranya berjaya membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu akan menjadi antara langkah pertama yang diambil sebaik sahaja Warisan mentadbir kerajaan negeri.
Menurutnya, usaha membanteras rasuah amat penting bagi memastikan perjalanan pembangunan negeri, yang ketika ini disifatkan semakin mundur, dapat diperkasakan.
“Bukan sahaja dari segi hala tuju yang baik, kita mahu kerajaan yang bersih. Kerajaan yang dipercayai rakyat, bukan hanya berdasarkan slogan.
“Rasuah akan kita banteras dari atas sampai ke akar umbi, termasuk agensi kerajaan yang ada,” katanya dalam sidang akhbar sempena Ceramah Mega Parti Warisan di Kudat, pada Rabu.
Beliau turut memaklumkan bahawa pelancaran manifesto Warisan akan diadakan pada 23 November ini.
Sementara itu, ketika berucap, Mohd Shafie berjanji akan memberikan tanah kepada rakyat Sabah.
“Saya tahu banyak permohonan yang sudah lama, sampai 30 tahun.
“Kalau Warisan menjadi kerajaan, kita akan berikan geran dan tanah kepada orang-orang Sabah,” katanya.
Ringkasan AI
- Parti Warisan akan memfokuskan usaha membanteras rasuah jika memenangi PRN Sabah Ke-17
- Perkara ini akan dijadikan tindakan awal sebaik sahaja Parti Warisan membentuk kerajaan negeri
- Membanteras rasuah dilihat penting untuk memperkukuh pembangunan Sabah yang dikatakan semakin mundur
- Parti Warisan mahukan kerajaan yang bersih dan dipercayai oleh rakyat
- Janji akan memberikan tanah kepada rakyat Sabah jika Parti Warisan menjadi kerajaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
