Kerajaan Selangor dicadang kenakan caj ikut jumlah sampah dibuang

Dr Afif
Dr Afif
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor dicadangkan mengenakan kadar bayaran mengikut jumlah sampah atau sisa pepejal yang dihasilkan setiap kediaman, sebagai langkah mengawal peningkatan penghasilan sisa di negeri ini.

Cadangan itu disuarakan Dr Afif Bahardin (Taman Medan-PN) pada sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ekoran lebih 7,000 tan sampah dihasilkan setiap hari.

Menurutnya, struktur baharu kadar berkenaan mampu mengubah tabiat dan penghasilan sisa berkenaan selaras dengan inisiatif menangani kesan perubahan iklim di negeri ini bersama Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (SCAC).

“Pulau Pinang sudah melaksanakan pendekatan pengurangan sisa atau waste for reduction secara lebih agresif dan saya percaya Selangor boleh mengambil langkah sama,” katanya pada Rabu.

Sementara itu, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaludin berkata, kerajaan negeri sedia meneliti cadangan tersebut dan membawanya ke perbincangan dasar bersama portfolio berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Selangor dicadangkan mengenakan kadar bayaran berdasarkan jumlah sampah dihasilkan setiap kediaman
  • Cadangan itu bertujuan mengawal peningkatan penghasilan sisa di negeri
  • Cadangan oleh Dr Afif Bahardin ekoran lebih 7,000 tan sampah dihasilkan setiap hari di Selangor
  • Inisiatif itu selaras dengan usaha menangani kesan perubahan iklim bersama Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor
  • Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaludin, menyatakan kerajaan negeri sedia meneliti cadangan tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!