Shah Alam warnai penutup Jelajah KPDN 2025

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menerusi program Jelajah Karnival KPDN dan Kempen Beli Barangan Malaysia 2025 (KBBM 2025) menuju kemuncaknya apabila siri terakhir akan diadakan di Zon Tengah.

Kemuncak Jelajah Karnival KPDN akan berakhir di Shah Alam membolehkan pengunjung berpeluang untuk hadir beramai-ramai di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pada 21 November sehingga 23 November nanti.

Karnival itu terbuka kepada orang ramai mulai 9 pagi hingga 11 malam pada Jumaat dan Sabtu, manakala pada Ahad ia berlangsung dari 9 pagi hingga 6 petang.

Antara daya tarikan utama karnival ialah pastinya Program Jualan Rahmah MADANI, yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan 10 hingga 30 peratus lagi murah daripada harga pasaran. KPDN turut membawakan jualan Back-to-School yang menawarkan keperluan barang-barang sekolah sebagai persediaan persekolahan pada tahun depan.

Pengunjung juga boleh membeli belah di khemah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) ialah platform khas bagi memperkenalkan dan mempromosikan produk jenama-jenama tempatan kepada pengunjung.

Tidak ketinggalan, Menu RAHMAH juga pastinya menjadi pilihan pengunjung untuk mendapatkan set hidangan makanan atau minuman dengan harga serendah RM5.

Aktiviti keluarga, persembahan artis dan sesi interaktif

Karnival tiga hari itu turut sarat dengan pelbagai aktiviti mesra keluarga seperti Pertandingan Mewarna, Eksplorasi Mini KPDN, sesi Meet & Greet Didi & Friends yang pasti menceriakan anak-anak kecil.

Bagi mereka yang ingin menambah ilmu, sesi Pocket Talk daripada pelbagai agensi di bawah KPDN akan berkongsi maklumat berkaitan hak pengguna, advokasi kepenggunaan dan program bantuan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti Fun Run 5KM (lima kilometer) yang akan berlangsung pada 21 November serta jualan promosi barangan sukan daripada Al-Ikhsan.

Tidak cukup dengan itu, pentas utama turut dimeriahkan dengan persembahan artis sepanjang tiga hari penganjuran.

Antaranya kumpulan nasyid InTeam pada hari pertama, diikuti barisan artis seperti Qistina Izz Zara (Pemenang Pertandingan Bintang Cilik KPDN), Ara Johari, Datuk Francissca Peter, Hael Husaini dan Drama Band, juga penampilan istimewa dari New Village Band, Rahmat MEGA & SOG sempena penutupan hari terakhir.

Peluang kerjaya dan cabutan bertuah menanti

Selain hiburan, pengunjung juga boleh merebut peluang pekerjaan melalui Karnival Kerjaya MyFutureJobs yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), menawarkan pelbagai peluang dalam sektor awam dan swasta.

Setiap pengunjung yang hadir juga berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan termasuk Proton S70, Perodua Alza dan Modenas Karisma 125 serta pelbagai barangan elektrik.

Nantikan debaran untuk cabutan hadiah mega buat seluruh warga Malaysia yang hadir ke karnival ini melalui enam siri di seluruh negara.

Bertemakan Ikhtiar KITA Untuk Semua, KPDN terus komited membawakan program-program berteraskan fungsi kementerian secara terus kepada masyarakat tempatan.

Usaha itu bertujuan memberi impak yang berkesan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!