Di mana Nurul Syuhada dan Nur Damia Qaisyara?

Nurul Syuhada (kiri) dan Nur Damia Qaisyara dilaporkan hilang di Cameron Highlands sejak Isnin lepas. Foto IPD Cameron Highlands
Nurul Syuhada (kiri) dan Nur Damia Qaisyara dilaporkan hilang di Cameron Highlands sejak Isnin lepas. Foto IPD Cameron Highlands
A
A
A

KUANTAN - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nurul Syuhada Mohd Faizal,15, dan rakannya, Nur Damia Qaisyara Mohamad Sayuti, 14, semalam.

Beliau berkata, dua remaja berkenaan beralamat di Puncak Arabella, Tanah Rata,Cameron Highlands.

"Nurul Syuhada memakaibaju lengan panjang bewarna hijau hitam,tudung putih dan membawa beg galas hitam manakala Nur Damia Qaisyara berbaju lengan panjang, bertudung dengan beg galas hitam,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitanNurul Syuhada boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Tg Siti Norhana Alena Tg Othman menerusi talian 017-9175334 manakala penolong pegawai penyiasat, Sarjan Muhamad Firdaus Abu Hassan melalui 012-5810798 bagi kes Nur Damia Qaisyara.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands menerusi talian 05-4915999 atau balai polis berhampiran. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua remaja perempuan yang hilang di Cameron Highlands
  • Kedua-dua remaja, Nurul Syuhada Mohd Faizal, 15, dan Nur Damia Qaisyara Mohamad Sayuti, 14, dilaporkan hilang sejak Isnin lepas
  • Mereka beralamat di Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands
  • Nurul Syuhada memakai baju lengan panjang bewarna hijau hitam, tudung putih dan membawa beg galas hitam; Nur Damia Qaisyara berbaju lengan panjang, bertudung dengan beg galas hitam
  • Maklumat mengenai mereka boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat atau Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!