Dua remaja perempuan hilang di Cameron Highlands sudah ditemui

Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands sejak dua hari lalu ditemukan semula.
Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands sejak dua hari lalu ditemukan semula.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS – Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands sejak dua hari lalu ditemukan semula dalam keadaan selamat pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, remaja terbabit ialah Nurul Syuhada Mohd Faizal, 15 dan rakannya, Nur Damia Qaisyara Mohamad Sayuti ditemui keadaan baik sebelum diserahkan kembali kepada keluarga masing-masing.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada semua warga maya yang sentiasa peka dalam membantu dan bekerjasama dengan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, Azri menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian terbabit.

Pada Rabu, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands sejak Isnin.

Azri Ramli berkata, berdasarkan laporan diterima, Nurul Syuhada memakai baju lengan panjang bewarna hijau hitam, tudung putih dan membawa beg galas hitam.

"Nur Damia Qaisyara pula berbaju lengan panjang, bertudung dengan beg galas hitam," katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!